Undangan Majlis Perkahwinan Shafiq & Alize

Assalamualaikum wbt. dan Selamat Sejahtera.

Undangan kami setulus hati,
Harapan sudi datang menyeri,
Mudah-mudahan Allah memberkati,
Walimatul Urus hajat kami.

Dengan rasa penuh kesyukuran dan sepenuh keikhlasan, kami ingin menjemput YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari/Abang/Adik/Kakak

dan semua yang mengenali kami untuk sama-sama hadir meraikan dan mendoakan Majlis Perkahwinan kami.

Semoga dengan kehadiran kalian semua dapat memeriahkan lagi majlis dan mendoakan kesejahteraan kami.


P/s: Kalau ada sahabat2 yg nak request kad jemputan, boleh inbox alamat kepada saya.

DUA JIWA SATU HATI
Pohon dedap pohon meranti
Tumbuh subur didalam taman
Andai kasih terpaut dihati
Tuan seorang jadi idaman.

Andai takut dilanda badai
Jangan berumah ditepi pantai
Kasih sayang lebih bernilai
Andai hati rasa sesuai.

Penjara Kota tempat tahanan
Pendatang asing dihukum mati
Pangkat dan harta tiada jaminan
Apa yang penting iman dihati.

Masuk hutan mencari madu
Sedap sekali manis dirasa
Andai hati sudah bersatu
Segala rintangan ditempuh jua.

Bunga melur harum baunya
Tumbuh berakar ditepi perigi
Kasih sayang dipupuk dijaga
Pasti kekal sampai kemati.

Malam isnin malam rabu
Berselang sehari mengawal desa
Bukannya kita jadi penentu
Serahkan saja pada yang Esa.

Setulus kasih semurni ikatan
Tanda cinta sepanjang zaman
Akad di lafaz majlis diraikan
Semoga bahagia sentiasa berkekalan

▼ Show More Information

Jalan Tuan Kadir, 75450
Melaka
30 January , Saturday 11:00

More Events Nearby