Undangan Majlis Perkahwinan Naszuan & Azuwa dan Nazirol Alif & Syafika

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera Semua.

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum, ayat 21)

Bismillahirrahmanirrahim,

dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, saya sangat berbesar hati untuk menjemput pak cik /makcik/abang/kakak/adik/sahabat dan kawan-kawan semua ke Majlis Perkahwinan saya, Naszuan bin Kamaruddin dengan Nur Saidatulazuwa binti Anuar dan juga Adinda saya, Nazirol Alif bin Kamaruddin dengan Nor Syafika Azwa bin Azmi pada :

24 Januari 2016, Ahad bersamaan 14 Rabiul Akhir 1437H

Bertempat di :
No 231 Blok 10 Palong 6 Pusat Bandar Palong,73430 Gemas Negeri Sembilan.

Semoga dengan kehadiran dan doa daripada kalian akan menambah seri dan berkat majlis yang akan berlangsung nanti.. =)

p/s: kalau tak dapat datang , jangan lupa untuk mendoakan kelancaran majlis dan juga mendoakan segala urusan dipermudahkan.... dan yang lagi penting, doakan 'masjid' yang kami bakal di bina nanti menjadi baitul muslim yang diredhai dan diberkati oleh Allah S.W.T serta berkekalan bahagianya sampai ke Syurga Allah.. Ameen..

▼ Show More Information

adress is not specified
24 January , Sunday 05:00

More Events Nearby