Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS 8)

Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan atau dikenali sebagai ‘National Geospatial Information Symposium’ (NGIS) merupakan agenda dwi tahunan anjuran Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). Penganjuran pada kali ini adalah penganjuran NGIS

Kelapan (Ke-8) yang diadakan bertujuan bagi mewujudkan satu wadah perkongsian maklumat dan pengalaman melibatkan komuniti geospatial di kalangan sektor agensi kerajaan dan swasta di Malaysia. Simposium ini merupakan salah satu usaha NRE ke arah memartabatkan penggunaan maklumat dan teknologi geospatial dalam perancangan pembangunan negara.

Tema “Geospatial: Malaysia Ke Arah 2050” telah di pilih sebagai tema penganjuran NGIS Ke-8 pada tahun ini sebagai menyahut agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang merupakan satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. TN50 menyasarkan Malaysia dari sebuah negara maju, menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi. Sejajar dengan itu, MaCGDI melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah sepakat untuk memperkasa geospatial sebagai platform pembangunan negara ke arah 2050. NGIS Ke-8 bakal diadakan pada 10 - 11 Julai 2018 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

▼ Show More Information

dataran gemilang,presint 5, 62000
Putrajaya
10 July , Tuesday 08:00

More Events Nearby

 05 January , Saturday
 Taman Seri Empangan, Putrajaya
 01 January , Tuesday
 Paddington House Of Pancakes,Mid Valley megamall., Kuala Lumpur
 29 December , Saturday
 Sekolah Agama Rakyat Kafa Pangsa Perdana, Puchong
 15 December , Saturday
 Kajang, Malaysia, Kajang